Sesi Refleksi ini mengupas dua isu penting melibatkan etika dan undang - undang berkaitan Perhambaan kanak kanak dalam rantaian Nestle yang mengejutkan dan isu kesesakkan penjara Malaysia yang mendadak . Dua isu ini melibatkan pelanggaran Hak asasi manusia dan mencerminkan kelemahan dalam sistem korporat.
Melalui perbincangan berkumpulan , kami dapat memahami punca , kesan , alternatif sambil meningkatkan keprihatinan sosial dalam kalangan masyarakat.
PELUANG KEDUA
Kami menyedari bahawa etika memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan banduan diberi peluang kedua secara adil dan berperikemanusiaan.
Elemen seperti amanah, tanggungjawab, kejujuran, dan disiplin sangat penting untuk pemulihan individu. Ia turut mencerminkan peranan masyarakat dalam membimbing mereka ke arah kehidupan yang lebih baik.
Dalam konteks perniagaan pula, kami belajar bahawa etika perlu menjadi asas kepada setiap keputusan dan tindakan sesebuah organisasi. Isu buruh kanak-kanak dalam syarikat besar seperti Nestlé menunjukkan betapa pentingnya amalan perniagaan beretika dengan Imej sesebuah syarikat yang dipercayai ramai.
Pengajaran daripada Kajian Kes yang Dipilih
1. Isu kesesakkan dipenjara - alternatif,pekerjaan untuk banduan (pekerjaan)
kesan pengajaran kepada kami bahawa masalah ini bukan hanya berpunca daripada kekurangan ruang, tetapi turut berkait rapat dengan kelemahan sistem pemulihan dan reintegrasi sosial. Pendapat penyelesaian kepada isu ini memerlukan pendekatan holistik, seperti pelaksanaan Program Pemulihan Insan (PPI) dan Terapi Komuniti (TC), yang menekankan pembangunan sahsiah, latihan vokasional, dan nilai moral.
2. Isu Nestle -perhambaan kanak-kanak ( Perniagaan )
Analisis kes kedua melibatkan Nestlé, kami melihat bagaimana tindakan syarikat yang gagal mengawal rantaian bekalan boleh membawa kepada eksploitasi buruh kanak-kanak. Isu ini mengajar kami bahawa keuntungan tidak sepatutnya mengatasi nilai kemanusiaan dan bahawa syarikat perlu mengamalkan tanggungjawab sosial secara telus. Kedua-dua kajian kes ini menegaskan pentingnya prinsip keadilan, tanggungjawab, dan keprihatinan dalam menangani isu sosial dan ekonomi.
3. Nilai Etika dalam Kehidupan Profesional
Di dalam apa jua bidang, sama ada perkhidmatan awam atau sektor swasta, nilai seperti integriti, keprihatinan sosial, dan kepimpinan yang beretika sangat berkait rapat .
pentingnya nilai etika menjadikn Kami komited menolak amalan tidak beretika , seperti rasuah , buli & kekerasan . Selain itu memberi peluang kedua kepada bekas pesalah memberi sinar terang dalam membantu mereka untuk kembali yakin sekeliling masyarakat.
Sektor Pekerjaan
3 Cadangan terhadap Isu Kesesakan Penjara – Alternatif Pekerjaan untuk Banduan:
Perluasan Program Latihan Vokasional dan Kemahiran
- Kerajaan disarankan memperbesar program pemulihan seperti latihan kemahiran teknikal dan vokasional untuk banduan agar mereka bersedia menyertai tenaga kerja selepas pembebasan agar mengurangkan kadar Residivis dan memulihkan keyakinan diri bekas banduan.
Kerjasama dengan Sektor Swasta bagi Penempatan Pekerjaan
- Galakan kepada syarikat swasta untuk mengaji bekas banduan melalui insentif cukai dan program CSR boleh membuka ruang pekerjaan yang beretika serta inklusif. Syarikat yang terlibat harus dilatih tentang kepentingan integrasi sosial dan hak sama rata.
Kempen Kesedaran Anti-Stigma berterusan.
- Masyarakat perlu dididik dan didedahkan melalui kempen kesedaran tentang pentingnya memberi peluang kedua kepada bekas banduan. Pendekatan ini dapat mengurangkan diskriminasi dan membantu membina jaringan sokongan yang kuat.
Sudut Perniagaan
4 Cadangan kepada Isu Perhambaan Kanak-Kanak oleh Nestlé :
Telus dan Transparan
Nestle atau mana mana syarikat besar , perlu lebih terbuka mengenai operasi rantaian produk masing masing bahawa tiada elemen eksploitasi atau perhambaan manusia terutama golongan lemah seperti kanak- kanak.
Hubungan Kerjasama dengan pihak ketiga
Selain lebih telus , Jalinan hubungan dengan badan -badan pemerhati bebas untuk memantau tiada amalan yang serong dalam setiap peringkat rangkaian produksi produk. Mewujudkan saluran aduan ke badan organisasi manusia jika wujud elemen mencurigakan.
Pendidikan dan Latihan
Memperkenalkan amalan kerja yang selamat dan adil
Pelaburan dalam Pendidikan dan Komuniti Tempatan
Syarikat multinasional harus melabur dalam inisiatif pendidikan untuk komuniti ladang, terutamanya bagi anak-anak pekerja. Ini dapat memutuskan kitaran kemiskinan yang menjadi punca utama buruh kanak-kanak dan meningkatkan tanggungjawab sosial korporat.
Kesimpulan
Refleksi Berkumpulan:
Cabaran dan Pembelajaran Semasa Menyiapkan Tugasan
Semasa menyiapkan tugasan ini, kami menghadapi beberapa cabaran seperti pembahagian tugasan, penyelarasan masa, dan penyusunan maklumat yang pelbagai. Selain itu, menggabungkan pandangan dan gaya penulisan yang berbeza dari setiap ahli kumpulan juga merupakan satu cabaran yang mencabar tetapi menyeronokkan. Namun, melalui komunikasi berkesan, saling memahami peranan masing-masing, dan semangat bekerjasama, kami berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pengalaman ini bukan sahaja mengukuhkan kemahiran kerja berkumpulan kami, tetapi juga mengajar kami untuk lebih peka terhadap isu sosial dan etika yang berlaku di sekeliling. Tugasan ini telah membantu kami berfikir secara kritikal dan reflektif terhadap peranan kami sebagai pelajar, warga negara, dan bakal profesional yang bertanggungjawab.
Kajian kes kami menunjukkan bahawa etika adalah kunci penting dalam membentuk masyarakat yang adil, berperikemanusiaan, dan bertanggungjawab dalam sistem pekerjaan atau perniagaan.
Dalam pemulihan banduan, etika membantu memberikan peluang kedua untuk perubahan sahsiah dan penerimaan kepada masyarakat.
Manakala dalam perniagaan, Ia mencegah penindasan kepada golongan lemah tanpa pembelaan.
Nilai seperti KEJUJURAN, TANGGUNGJAWAP, KEADILAN & EMPATI wajib diterapkan untuk melahirkan generasi Profesional yang Berintegriti. Mencegah penindasan seperti yang berlaku dalam kes Nestlé.



0 Comments