Penjara sesak di Malaysia kini ibarat bom jangka yang menunggu masa untuk meletup . Dengan jumlah banduan yang melebihi kapasiti , keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kebajikan penghuni , malah sudah pasti mengancam keselamatan dan kestabilan sistem penjara negara . Masalah ini memerlukan tindakkan segera sebelum menjadi krisis yang lebih tenat.
Cabaran dan statistik SemasaIsu kesesakan penjara di Malaysia bukan lagi perkara baharu. Ia semakin meruncing dari tahun ke tahun, terutamanya apabila kes-kes jenayah berat, komersial, terancang dan berprofil tinggi terus berlaku saban hari. Apa yang lebih membimbangkan, terdapat peningkatan mendadak dalam statistik penghuni penjara, khususnya dalam kalangan banduan yang mengulangi kesalahan (Residivis). Statistik yang MembimbangkanMenurut kajian oleh Mohamad Fadzil et al. (2008), dari tahun 1999 hingga 2006, jumlah penghuni penjara meningkat sehingga 60%, menjadikan bilangan banduan sekitar 42,000 orang, sedangkan kapasiti penjara yang sebenar hanya 24,000 orang. Ini menunjukkan lebihan lebih 18,000 banduan, sekali gus menjadikan kesesakan dalam penjara sebagai satu krisis yang serius. Laporan oleh Jabatan Penjara Malaysia (JPM) pada tahun 2007 hingga 2008 pula mendapati bahawa 25 hingga 30 peratus banduan yang berada dalam sistem penjara merupakan banduan residivis, iaitu mereka yang telah keluar penjara tetapi kembali semula atas kesalahan baharu (Fauziah et al., 2011). Ini menunjukkan bahawa pemulihan yang diberikan mungkin belum cukup berkesan dalam mengubah tingkah laku pesalah.
|
Faktor Penghalang kepada Reintegrasi Sosial
Antara faktor utama yang menyebabkan banduan sukar untuk berubah dan kembali ke kehidupan normal ialah masalah mendapatkan pekerjaan. Ini disebabkan oleh beberapa halangan seperti:
Pendidikan rendah dan kurang kemahiran teknikal (Bierens et al., 2011; Rakis, 2005; Weiman, 2007).
- Tiada pengalaman kerja dan tahap kebolehan yang lemah.
- Faktor umur, di mana sesetengah majikan lebih cenderung memilih calon yang muda.
- Stigma sosial terhadap bekas banduan, terutamanya yang pernah terlibat dalam kes jenayah seperti dadah, kecurian dan pencerobohan (Bloom, 2006).
Pendidikan rendah dan kurang kemahiran teknikal (Bierens et al., 2011; Rakis, 2005; Weiman, 2007).
Usaha Jabatan Penjara Malaysia Kurangkan Kesesakan Penjara melalui Reformasi dan Program Pemulihan Insan (PPI)
Berbagai usaha dan program yang dijalankan oleh Jabatan Penjara Malaysia untuk membantu bagi mengurangkan kesesakkan didalam penjara. Sebagai Contohnya adalah melaksanakan Jabatan Penjara Malaysia sedang melaksanakan ‘Reformasi Penjara’ yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan dan residivis atau jenayah berulang oleh bekas banduan.
Sumber :
https://harapandaily.com/2023/02/03/jabatan-penjara-malaysia-laksana-reformasi-penjara/.
Fasa Pertama: Asas Sahsiah dan Nilai Agama
Fasa pertama PPI menekankan aspek keagamaan dan nilai diri. Banduan didedahkan kepada asas-asas agama Islam seperti rukun Islam, rukun iman dan penghayatan Al-Quran. Mereka juga diterapkan dengan 11 tonggak nilai Islamseperti amanah, tanggungjawab, ikhlas, dedikasi, bersih dan berdisiplin. Nilai-nilai ini penting bagi membentuk peribadi mulia dan mengelakkan mereka daripada kembali ke jalan salah selepas dibebaskan.
Fasa Kedua: Terapi Komuniti (TC)
Fasa kedua dikenali sebagai Terapi Komuniti dan dijalankan selama enam bulan. Ia merangkumi empat komponen utama iaitu pengurusan tingkah laku, emosi, psikologi, serta aspek vokasional dan kerohanian. Aktiviti seperti perjumpaan pagi, seminar dan kelas kerohanian dijalankan untuk membina kepimpinan, tanggungjawab dan semangat kerjasama dalam kalangan banduan.
Hasil dan Keberkesanan
Program ini terbukti membantu membentuk peribadi lebih positif dan beretika. Banduan menjadi lebih bersedia untuk hidup berdikari serta kurang cenderung untuk melakukan jenayah semula. Secara tidak langsung, program ini dilihat sebagai salah satu strategi berkesan dalam mengurangkan kesesakan penjara di Malaysia.
Isu Etika dalam Pelaksanaan Program Pemulihan Banduan di Malaysia
1.Kebebasan Beragama dan Kepelbagaian
Program seperti PPI yang banyak menekankan aspek keagamaan, khususnya kepada banduan beragama Islam, perlu diurus dengan sensitif terhadap kepelbagaian agama dan kepercayaan. Setiap banduan seharusnya diberikan ruang untuk mengamalkan ajaran agamanya sendiri tanpa paksaan atau diskriminasi. Menyamaratakan program agama tanpa mengambil kira latar belakang individu boleh mencetuskan ketidakadilan.
2. Eksploitasi dalam Latihan Vokasional
Latihan kemahiran yang dijalankan seharusnya memberi manfaat langsung kepada banduan. Namun, jika program itu digunakan sebagai alasan untuk menggunakan banduan sebagai buruh murah tanpa ganjaran yang setimpal, maka ia boleh dianggap satu bentuk eksploitasi tenaga kerja, yang bercanggah dengan nilai keadilan dan integriti
3. Ketelusan dan Pemantauan Program
Kejayaan sesuatu program pemulihan harus diukur secara telus dan terbuka. Tiada pemantauan bebas atau laporan yang jujur boleh menimbulkan keraguan tentang keberkesanan program. Dalam konteks ini, akauntabiliti dan ketelusansangat penting agar tiada penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa berlaku dalam institusi pemulihan.
4. Stigma Sosial dan Reintegrasi
Walaupun banduan telah menjalani proses pemulihan, mereka sering berdepan stigma masyarakat selepas dibebaskan. Ini menimbulkan dilema etika terhadap peranan masyarakat dan institusi dalam memastikan proses reintegrasi berjalan dengan adil dan manusiawi. Tanpa sokongan luar, keberkesanan program pemulihan menjadi terhad.







0 Comments